KUALA LUMPUR, 18 Jun 2014 – Kolej Professional & Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) mencatat sejarah apabila kemudahan mock up keselamatan pembinaan yang pertama telah dibina di Malaysia dan dilancarkan pada hari ini oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.
Kolej KLIA telah ditubuhkan bagi menjalankan latihan dan penyelidikan pelbagai disiplin yang diperlukan dalam industri pembinaan di Malaysia dan diuruskan oleh KLIA Premier Holdings. Pada majlis itu, Kolej KLIA telah menandatangani 10 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Master Builders Association Malaysia (MBAM), Malaysian Offshore Contractors Association (MOCA), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Persatuan Mesin Angkat dan Kren Malaysia, KUB Builders Sdn Bhd, Taisei Corporation dari Jepun, MKRS Bumi (M) Sdn Bhd dan ENAV Asia Pacific Sdn Bhd dari Itali untuk memberikan latihan dan program-program yang berkaitan dengan keselamatan pembinaan di Kolej tersebut.
Majlis tandatangan dan pertukaran MoU itu telah disaksikan oleh Datuk Haji Fadillah Haji Yusof.